Tuesday, 10 December 2013

A Walk To Remember.

Assalamualaikum !!

Testing guna blogger droid sat. Tapi tapi perasaan kalo taip guna laptop lagi best. Feeling dia xsama laaa. Ok xpee, guna kemudahan mana yang ada dulu la kan. Sbb zaman moden ni nak bukak laptop tu rasa malas yakmat!!

Jadi harini tajuk entry kita macam tajuk filem daa. Sebab last sunday 8 december, ara bjalan pusing 1 Kuala Lumpur dengan dia. Berjalan yang di maksudkn di sini adalah berjalan kaki.

1 pengalaman yang agak menarik, berjalan bermula dari KLCC, jalan ikot jejantas kaca tu ke pavillion, lepas tu dari pavi ke Times Square sebab dia nk makan sushi.

Settle makan kami memulakan perjalan yg agak jauh ke Bandaraya yakni Sogo tuu. Yang ni paling jauh sbb tak tahu jalan main redah ja, da la brape kali pusing tempat sama. Pastu last2 ikot jalan Raja Chulan  → Bukit Nanas → Medan Tuanku and yeay sampai !! Memang mcam nak tcabut jugak kaki. Gila penatttt ! Sampai ke harini masih terasa.

Nasib baik nak balik rumah naik lrt tapi bjalan ke Masjid Jamek la plak sbb ara nk naik aliran kelana jaya, situ xpayah tukar tren da. 12pm till 8pm. Seharian jugak la berjalan kaki, mmg a walk to remember la kan. :)

Lepas ni kalau nak bjalan kaki gtaw awal2, nk pkai sport shoes baru lagi best! Hihi.

Ok till then. Bye

Published with Blogger-droid v2.0.10

Friday, 6 December 2013

Assalamualaikum


hai kekasih lama sekalian, adinda da kembali. ecewaahhh.
maaf blog izara4eva.blogspot.com terpaksa di delete atas sebab sebab yang tak dapat di elakkan. ramai tanya tak sayang ke? sayang? sangat sayang woii da macam nyawa aku tapi yaa sebab apa yang blaku tu memang aku tak dapat elak so jalan shortcut nya remove blog :( 

but yaaa, darah sebagai seorang blogger masih mgalir dalam diri ni. keyboard warrior siottt !! dengan 1 klik maka aku cipta blog baru ni. 

tapi tapi blog ni aku tak harap sesapa follow, aku menulis sebab aku suka. aku nak merapu meraban senang sikit. walaupun aku mungkin bukan blogger tegar macam dulu tapi mungkin la nanti aku nak update pasal "masa depan". eh! 

jap, sapa nak baca aku tulis ni ?

YEAYYYY !! 
AWAK YANG BACA NI JUMPA BLOG BARU KITA. HI !!!

*perasan* okbhaii