Saturday, 19 December 2015

#IzaraDahKahwin : Persiapan Sebelum Kahwin

Assalamualaikum dan hai,
alhamdulillah syukur atas segala nikmat yg Allah berikan kepada kita semua.
seperti last entry update haritu pasal #IzaraDahKahwin so kat sini tengah merajinkan diri utk share story sikit pasal wedding ara.

Wedding ara xde la grand dan mmg xnak buat grand pun cukup sekadar ikut kemampuan diri dan pentingkan mana yang wajib dulu. Akad Nikah dan majlis dalam masa 1 hari, ramai cakap nanti penat tapi xpe kita penat 1 hari je dan kita save banyak kat situ. so kena la pandai rancang kewangan dan masa kan.
Majlis Akad Nikah jam 11 pagi dan Kenduri dari jam 12-4pm.

Majlis ara ni mmg kira ara bajet jugaklah sebab mmg nk save taknak mbazir, siap buat bunga telur sendiri uols. Tapi alhamdulillah ramai puji bunga telur cantik. berbaloi la spend time masa berbulan nak siapkan, maklumlah keje kan bukan full time buatnya. *gambar lupa nk transfer*

Malam sebelum wedding semua prepare sendiri termasuklah pasang pelamin, sebab just sewa pelamin DIY. Sebab plannya mmg taknak bersanding pelamin tu just untuk buat tempat bergambar. Also save cost here. sebab pikirnya ambik pelamin mahal nanti guna kejap je xsmpai 1 hari pun guna. Tapi kalau mampu xde masalah, cuma 1 je nasihat nak kahwin JANGANLAH buat loans. ELAKKAN dari kahwin dan buat loans. 

Share gambar sekitar malam sebelum wedding:
Pelamin DIY hasil dari Angah dan abg ipar pasang.

Guest book Ara buat sdri.

Candy buffet Angah buat.

Meja tempat goodies bag.

ni bunga telur Ara buat sendiri tu.
Majlis ara ni buat kat dewan , lokasi Sentul dekat rumah Along. Majlis ara buat kat KL sebabnya sebenarnya nak elak dari banjir sebab selalu hujung tahun kan Kelantan banjir. Dan sebab buat 1 majlis je gabung belah perempuan dan lelaki so pilih la tengah2 memandangkan dua2 dok KL. Save cost jugak buat 1 majlis je ;)

So ni lah serba sedikit pasal persiapan sebelum kahwin. on the day majlis next entry ara update ye :)

berinai ni baru feeling pengantin :P

our simple kad kahwin.


Okay last nk ucap terima kasih kepada yang masih sudi singgah blog ni dan wish tu. Really appreciate.
much love.
xoxo.

Tuesday, 8 December 2015

#IzaraDahKahwin 22112015

Assalamualaikum.
After 9 years of relationship.. ;)


Alhamdulillah.
Will update more soon :)

Friday, 31 July 2015

Pre Wedding Izara.

Assalamualaikum semua, Ya Allah rindunya nak menaip kat blog buruk ni. Tapi lagi rindu the old blog yg dah didelete sebenarnya T-T

Baiklah harini saja nak share sedikit perkongsian kat blog ni sebab dah lama sangat tggl kan, up sikit entry. tapi tharu gak even x aktif bblogging ada lagi snggup singgah follow ye. much love :*

Teaser :

Okay, so harini just nak share pasal Pre wedding Izara. Alhamdulillah after 9 years of relationship we are still together. Please pray for us. thank you guys.

actually zaman sekarang ni macam2 kan everything kita nk shoot nak jadikan kenangan. yes and sure im one of them. every memory tu penting uols. About this pre wedding since kami plan nak kawen mmg la ada teringin nk pre wedding mcm org lain tp bila fikir hmm mcm mbazir kan. Tapi alhamdulillah rezeki menang 1 contest repost di Instagram FlyMeLove and yes kami dapat shoot our Pre Wedding for FREE ! yeay us. hehe

Dapat lak abg photographer (abg karl) yg sangat sempoi mmg best la, everything tema , place semua minta pendapat beliau.

Abg Karl pernah cakap kalau nak gambar cantik sometimes kita patut minta pendapat dr photographer ntok dapatkan gambar yg cantik sbb stengah tempat mmg kita rasa cantik di mata kasar kita tp bila shoot mcm nothing kan. so, nak dapat tone mood yg best cuba bincang ngn photographer kita. Dia lagi bpengalaman dalam bidang ni so dia mestilah akan bg kita yg tbaik kan :)

so our pre wedding ni tema macam ala ala klasik sebab shoot kat Ipoh Loken (Kedai Barang Antik) as suggested by abg karl. dan hasil dia memang WOW. memang ramai puji gambar cantik, tambah2 di edit kena ngn tone klasik kan mmg tgk OMAIGOD ! hehe

Share sikit hasil dr FlyMeLove (Abg Karl) :




Well , pre wedding ni xsemua org nak sebenarnya sebab ada cakap mcm xelok la kan. tapi shoot pre wedding bkn ada sentuh2 pun. lebih kuranglah macam kita dok selfie bdua tu kan. Depend pada pendapat masing. 

Kalo tengah cari Photographer Wedding, Enggagement , Pre or Post Wedding or else berminat bole la usha2 Instagram Abg Karl ni tgk gambar2 yg dia shoot mane tahu nnti korg pun bminat kan :D


Lastly, klo ada rindu nk tengok Ara kn (ceh) follow la instagram kita @RaraMnasir situ pun xde aktif sgt sbnrnya sbb dah dlete hmpir 1K gmbar tpi ok la dr blog ni lagi di tinggalkan berhabuk, haha
and last nk promote igshop ara , @izarabeauty jemput singgah naa. 

Mohon doa dari korg semoga di permudahkan urusan kami untuk ke langkah seterusnya. 

Assalamualaikum guys.
thanks kepada yg sudi baca.
xoxo