#IzaraJr : Pengalaman Bersalin

Assalamualaikum , hi.
setahun sekali share cerita kat blog ni kan, walaupun tak berapa aktif tapi tetap hidupkan jugak blog ni sebab kot in case macam ni la tetiba mai mood nak menaip.

Entry kali ni just nak share pengalaman pertama melahirkan anak sulong Daaliya Qisya. Kalau tahun lepas harini genap 44 hari baru habis pantang tapi tahun ni dh 13Bulan12Hari dah dia. Alhamdulillah.


Daaliya Qisya lahir dengan berat 3.31kg pada jam 5.02pm.
Mari mengimbas kenangan masa mula2 nak bersalin.


Jam 5.30 pagi 03.10.2016 terjaga dari tidur sebab rasa mcm tak selesa dan macam sesuatu nak keluar. bangun dari tidur terus basah lencun. masa tu macam tak tahu nak rasa apa tapi cepat2 kejut suami cakap ada air keluar. dia bangun dia pulak gelabah, kita relax je. nasib ada kakak ipar, dia kata tu air ketuban tu sbb banyak. so siap2 nak pergi hospital. 


Kita relax je bsiap sebab xrasa sakit pun lagi masa tu. Call mama bagitahu , masa tu kami pergi hospital berdua je. Pergi Hospital Ampang check tetiba bukaan dah 3cm walaupun xrasa sakit. Lepas tu dia suruh tunggu untuk masuk wad, nurse pesan pergi cari makan dulu sbb mmg tak makan apa. Tapi macam takde selera just minum air milo, makan kismis, roti sikit, minum air solat hajat yang Mama bagi dulu dari kampung.

 Lepas tu , tunggu sampai 8am camtu dia mintak masuk check bukaan lagi dan dah 4cm. terus la kena masuk Labour Room.Tapi masa tu takde bilik kosong, so dalam 10.30am kot baru ada kosong.

Masuk LR pun still takde rasa sakit contraction tu. Nurse tanya sakit tak mmg tak rasa apa. Dan yang bestnya Hospital Ampang ni dari start kita masuk LR suami boleh teman. Sebab contraction xkuat so nurse drip air bagi cepatkan bukaan. Lama jugak dekat tengahari pun boleh relax lagi sembang dengan suami.

Lepas tu dalam 2pm macam still takde progress dok 4cm je ada doktor datang 2 3 kali la tanya nak ambik suntikan tahan sakit x? Memula macam refuse sebab tak rasa sakit pun, lepas tu doktor kata ubat tu boleh tolong cepatkan bukaan. Lama2 macam ok la kita cuba la.

Lepas suntikan tu mmg contraction kuat, mulut tak bhenti baca surah,zikir , doa dipermudahkan. dekat pukul 5pm check dah 10cm. Bernasib baik haritu sebab semua nurse dan doktor perempuan yang sambut baby. 

Masa memula nak teran baby tu teran sekali masuk balik. Sakit masa tu sampai sempat la jugak gigit lengan suami. opss nasib dia redha je. Kali kedua teran keluar kepala dan bidan puji kata pandai teran, ok la semangat la nk teran lagi.
Tepat jam 5.02pm lahirlah seorang anak solehah ke dunia Daaliya Qisya binti Afiq Faiz.


Meet Qisya on her 1st day 03.10.2016 (fresh from oven)


Takde perkataan yang boleh gambarkan lepas tengok anak tu, hilang semua rasa sakit. kena jahit pun macam sedar tak sedar je masa tu. Lepas tolak masuk wad rasa macam tak percaya dah berjaya lahirkan anak. Macam "eh aku dah ada anak" dan sampai sekarang pun ada lagi perasaan tu. sebab bajet macam muda lagi. *tepuk dahi*

Dan yang paling tak best kat hospital ni adalah :


Tak suka rasa macam keras je tangan nak bergerak pun takut. Nasib baik bersalin normal so sehari je stay hospital kan. 

So last sebelum tutup entry ni , gambar Qisya sebelum dan selepas lahir.

Alhamdulillah, semoga Daaliya Qisya membesar dengan sihat sempurna, menjadi anak solehah buat mommy dan daddy. Aminn


Qisya dah besar.



Xoxo,
Thanks for reading.

5 comments:

mommysihatanggun said...

Anak2 ni rasa kjap je dh besar kn

Crack Name said...

You have a very unique style of posting compared to others. It is very good.
Guitar Pro Crack

Crack Faqs said...

This is an excellent article. Hopefully, you'll be writing more like this in the future.

COREL DRAW X7

Crackedway said...

These kids feel like they're already big right. very pretty and nice daughter.
avast-internet-security

cracked 1 said...


Your post is super useful and admirable, thanks for sharing such excellent content. I like it.Smadav Pro