#IzaraDahKahwin : Izara Big Day

Assalamualaikum dan hai.
fuh dah setahun tak menaip tetiba rasa macam nak menaip balik tapi nak up benda dah basi, sebab dulu nk update pasal wedding tup tup laptop rosak. Sekarang baru ada laptop balik.
Anak dah sorg tapi update pasal wedding dulu la ye.

Majlis akad nikah jam 11pagi.
Mekap cantik gojes by Kak Maya Rita
Outfit sendiri beli kat Jalan Tar, KL

Ramai tanya nervous tak masa nk kahwin tapi sampai kat masjid tak dapat perasaan tu. Tak rasa macam nak kahwin plak, tapi bila dah lafaz akad nikah automatik airmata mengalir. Haa penangan lafaz tu, hayati betul2 faham maksud dia memang buat nangis.
Sebab fikir kita bukan lagi tanggungjawab mak ayah kita tapi beralih ke SUAMI.


Alhamdulillah dengan sekali lafaz sah bergelar isteri kepada Afiq Faiz :)
Berwakil walikan ayah long sebab abah xsempat nak walikan.. Al-fatihah untuk arwah abah.

1st selfie as husband and wife ;p
Settle part nikah, next kenduri  pulak. Tapi ye memang simple bebenor je kenduri kami sekadar mampu je. Yang penting tu akadnya kan. Memang pernah berangan nak kenduri mewah tapi bila dah ada duit sendiri rasa macam sayangnya nak mlabur kat wedding je, sebab ramai cakap lepas kahwin lagi banyak nak guna duit, yang penting berita kami dh kahwin tu dah sampai. 

Mekap gojes yang banyak dapat pujian ni sekali lagi dari Kak Maya Rita.
Serius cakap berbaloi hirer akak ni mekap sebab sangat puas hati.

Outfit songket meletup ni dari Dsadar Bridal.
Ada kisah di sebalik  baju ni. Tapi end up nasib lah ramai cakap baju cantik.

So kat sini sekali ara nak list down ig dan facebook yang ara guna khidmat dorang utk wedding ni, boleh jadi refferal sesiapa nk cari khidmat ni ;

Goodies tasbih : House of Tasbih
Tuala Hantaran : Hayati's Handmade
DIY Pelamin : SimplyCreactionByLB
Outfit Kahwin (Songket) : Dsadar Bridal
Mekap Akad & Kahwin : Maya Rita
Photographer : Fly Me Love or Karlheiri Razali


 Tu sahaja kot untuk kali ni, dan bersyukurlah semuanya berjalan lancar dengan izinNya.
Terima kasih kepada Mama, semua ahli keluarga , sedara mara dan sahabat2 sekalian yang turut menjayakan majlis kami.

Nak gambar kahwin cantik boleh hirer Abg Karl :)

Xoxo,
till next entry. InshaAllah.

Assalamualaikum... 



No comments: