Al-Fatihah, Abah in Memory.

Assalamualaikum..


dan sebelum jari ini laju berlari menekan huruf-huruf di keyboard, ketahuilah bahawa saat ini airmata aku laju jatuh bagikan air hujan. hmmmm

Tak pernah terbayang, tak pernah terfikir aku akan kehilangan salah satu kesayangan aku. 

3 November 1956 - 7 Februari 2014. 
Al-Fatihah untuk arwah abah kesayangan. :'(

Sungguh aku merasa semuanya bagaikan mimpi, semuanya berlaku dalam sekelip mata. sungguh aku langsung tak mjangkakan ini akan berlaku. sungguh aku tahu bila Allah sudah nyatakan kunfayakun maka tiada 1 makhluk pun dapat menghalangnya. Allah jauh lebih sayangkan arwah dari kami. 

Kehilangan arwah hanya bermula dengan 1 kejadian biasa. berlakunya kemalangan kecil antara 2 biji motor, dan sampai sekarang tak tahu salah siapa, siapa yang langgar siapa sebab tak de saksi di saat itu. Seperti yg ramai sedia maklum (yg kenal arwah) , abah ni tak pernah bawa moto ke kereta laju sebab pnglihatan belah kanan dia kurang jelas. 

Masa kemalangan tu abah xde pun cedera teruk, cuma muka bengkak sebelah. Dalaman doktor kata ok, dan abah masuk hospital dalam 5hari (kalo xsilap la, lupa) . dah keluar nampak abah alhamdulillah beransur pulih, tapi da sampai AJAL. hmmm. TAKDIR. beberapa hari je balik rumah Allah da jemput abah kembali :"(

23 tahun aku dengan abah, tapi aku belum rasakan kasih sayang yang cukup dari arwah. dan takkan pernah cukup sampai bila-bila, dan sampai bila-bila arwah tetap akan di ingati. sungguh aku bersyukur kerana Allah pinjamkan arwah sebagai abah yang cukup sempurna bagi aku. Abah mendidik tak pernah kami anak-anak kena rotan. Syukur. abah dah bagi didikan, pendidikan yg dah cukup sempurna tapi kalau ada yang buruk tu dari diri sendiri, bukan salah arwah tak pandai mendidik. 

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. nasi da jadi bubur. 
Pasrah, Redha, Menyerah, Tabah, Ikhlas.

sedikit terkilan sebenarnya sebab aku xsempat minta maaf dengan arwah, sedikit kekesalan sebab aku selalu jadi anak yang degil. Tapi lepas abah pergi aku dapat mimpi abah cakap maafkan anak-anak. Allahu :'(

Hati ini rindu, sangat rindu, sungguh rindu. tak ada perkataan mampu di ungkap. tak ada !
Semoga Arwah abah di tempatkan dalam golongan orang yang beriman. 
Al-Fatihah. 



2 comments:

Liyana Azhar said...

kak. be strong k. doa byk2 kat arwah.

Nurrul Hazieqah said...

Semoga arwah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman... Akk yg kuat :D